Sunday, 4 June 2017

Itinerary Perth 5h5m untuk 4pax + Baby

Ringkasan trip aku dan adik-adik pada bulan Mei lepas.

Musim: Autumn
5 hari 5 malam
Awal bulan Ramadan

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx  
1ST DAY - Arrival - Pinnacles
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sampai Perth Airport pukul 5.30 pagi. Pukul 9.30 City Car Rental datang jemput dengan van. Lepas semua urusan sewa menyewa, pukul 11 pagi baru gerak menuju ke Utara Perth.
Tips: Sewa awal2 kereta secara online sebab kat airport, sewa kereta sangat mahal. 2x ganda dari harga online. Eg: City Car Rental AUD250. Airport (Europcar dll): AUD425

Menuju ke City Stay Apartment Hotel
Tak boleh check in awal. Kalau nak awal jugak, kena bayar AUD30. So, kitorang drop luggage ke kat sini dulu.

Coles
Berenti beli makanan dulu. Susu, jus oren, telur dll.

Yanchep Beach
Menghadap Hindi Ocean. Laut sangat biru dan angin sejuk. Berenti ambik gambar je.

Yanchep National Park
Taman negara yang sangat cantik. Mula2 sampai kat gate tu kite kena bayar AUD12 klu xsilap. Tiket ni sah dlm masa sehari termasuklah untuk drive kat Pinnacles nanti. Kat dalam taman negara ni boleh tengok burung kakak tua (cockatoo) yang bermacam2 kaler dan jugak boleh tengok koala dan kangaroo. First sampai sini, benda pertama kite notice sudah tentulah bau pokok eucalyptus.

The Pinnacles
Drive 1 jam setengah lagi untuk sampai sini. Dah sampai tu, terus je drive sepanjang gurun tu. Pemandangan memang cantik. Alhamdulillah masa tu takde ribut pasir ke apa. Proses ambik gambar pon berjalan dengan tenang je.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
2ND DAY - Fremantle
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

E-shed markets
Masuk sini untuk shopping2 souviner. Kat sini ade megabes yang popular tu. Tapi didapati salesgirls2 die kerek2 je sume. Pandang atas bawah macam tak welcome je. Kedai Indonesian kat sebelah tu pulak tak habis2 menegur offer2, sgt humble dan peramah, maka kitorang pun terus borong kat kedai Indo tu. Memang betul lagiiiii murah drp megabes.

Fremantle Market
Parking dekat kawasan Fremantle ni sangat2 lah mencabar. Kalau boleh kan, lebih baiklah datang dengan bas. Lagipun semua kawasan ni within walking distance je. Caj parkingnye mahal ya ampunnnn. Dalam Fremantle Market ni ade macam2 gerai jual makanan, buah, produk2 tempatan dan serba serbilah. Sabunnye, batu2 permatanya. Macam2. Oleh kerana hari pertama puasa, dan kitorang memang nak tengok2 je, jadi round2 dalam tu cuci mata je.

Kailis Fish Market
Pukul 1 tengahari kitorang dah masuk sini untuk tapau fish and chips. Harga set fish n chips utk 4 orang - AUD31. Fries die banyaaaaaak gile.

Esplanade Park
Kitorang parking kereta kat sini. Ade Eyes of Perth dan boleh lepak2 dekat padang tu. Aman sangat.

Woolworths Melville
On the way balik rumah, sekali lagi kitorang gi beli barang2 dapur. Murah barang2 kat sini lebih kurang Coles jugak. Yang penting, kat sini tak yah minum air kosong. Minum susu dgn orange juice je. Murah gileeee dan sangat berkualiti. AUD3 untuk 3 liter. Orange juice die memang pure juice. Takde campur gula pun. Murah kan.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
3RD DAY - Caversham Wildlife Park
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Caversham Wildlife Park 
Pagi lagi dah gerak ke sini sebab taknak miss feeding time. :P Tiket AUD28 sorang. First sekali tentulah gi cari kangaroo. Dan terus feed kangaroo dengan makanan yang die dah sediakan dalam tong tu. Pelancong Malaysia punyalah ramai. Tapi biasalah pelancong Malaysia kalau kat luar negara sangat sombong. Masing2 larikan pandangan dan memuncung je minta taknak ditegur.

Lepas kangaroo, masuk dalam kawasan Wombat pulak. Habis situ, masuk kawasan koala pulak. Semua ni dah ada dalam jadual die. Jangan ketinggalan, nanti dah habis waktu, die tutup pintu dah tak boleh nak ambik gambar dah. Then yang paling best dan penutupnya adalah Molly's Farm. Show start pukul 1 tghari kalau tak silap. Die buat show tunjuk cara cukur bulu biri2 dan cara guna cemeti. Penuh orang dalam dewan tu. Bulu biri2 sangattttlah lembut. 

Swan Valley 
Dekat Swan Valley ni ade macam2 kilang yang kita boleh singgah. Tapi yang kitorang paling nak pergi cuma Margaret River Chocolate Factory je. Just like everyone else, tarikan utama untuk kitorang datang sini sudah tentulah untuk merasa die punya sample chocolate. Haha... Jangan ingat jalan selangkah, ade sample, jalan selangkah ade sample. Takdenye. Masuk2 situ terus disambut dengan meja sample coklat. Ade milk choc, white choc dan dark choc. Mat saleh semua tadah dengan tissue. Penuh segenggam sorang. 
Harga coklat kat sini aduh mahalnye. Tapi alang2 dah sampai, kitorang beli la juga 2-3 ketul sorang. LOL

Mirabooka Supa IGA
Konon nak melawat komuniti Muslim kat sini, so kitorang pun sampailah ke kawasan masjid Mirabooka ni. Kebetulan masa sampai tu baru habis waktu Asar. Jadi boleh tengoklah middle eastern dan beberapa africans kat kawasan tu. Semuanya muslim. Alang2 dah sampai kitorang pun pergilah shopping dekat Supa IGA sini. Makanan daging sini banyak yang halal. So kitorang pon boronglah utk berbuka nanti.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
4TH DAY - Araluen Botanical Garden
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Araluen Botanical Garden
Drive masuk melalui gate, bayar AUD6 sorang. Then drive terus naik bukit. Since sekarang musim luruh, so tulip2 semua dah takde lah. In fact, diorang tengah tanam bulb2 tulip tu time ni. So yang ade hanyalah bunga2 rose dan kaler2 autumn, oren, merah, brown. Ape2pun best jugak jalan2 dalam ni. Sungguh tenang dan cantik. Bunga2 rose die semua besar2 gilerrrr dan wangiii. Semua wangi. Pelawat2 dalam ni pon sangat friendly. Pekerja pon baik, siap boleh bawak balik cutting rose lagi untuk tanam kat rumah. Haha... Bile kite jalan dalam park ni ade macam2 bau wangi. Sudut ni bau rose, sudut ni pulak bau bunga lain, ade bau pine, ade bau eucalyptus. Tenang sungguh. Berbaloi drive jauh dan bayar entrance fee.
Untuk tengok tulip datanlah pada bulan Aug-Sept kate pekerjanye.

Rainbow Containers
On the way home, kitorang singgah sini jap untuk ambik gambar.

Dianella Charcoal Chicken
Ramai orang malaysia dalam ni. Semua datang untuk berbuka puasa. Memang busy betul suasana time tu. Alhamdulillah sempat berbuka. Orang kata air dekat sini mahal, so pandai2 lah bawak air sendiri ok. Lagipun restorang ni dah sediakan cawan kosong. Ambiklah berapa biji cawan pon tak kesah. Kitorang order nasi beriani dan ayam. Tapi ayam die cam tak sedap jeek. Ape korang nih rekomen makanan tak sedap?? One of us ordered kambing bakar. Ya Allah, bertimbun. Harga sama macam set nasi dan ayam. Tapi aduhhh, banyaknya lamb die. Penuh isi dan rasanya sangaaaaat sedap. Aku tak makan lamb sebab sensitive dengan bau. Tapi deria aku boleh tolerate pulak dengan lamb yang die hidang ni. Marinade die tu sedap sangat. For those yang suka lamb, silalah order lamb ok. Berbaloi20000x!

Chemist Warehouse
Best sangat kedai konsep farmasi nih. Aku tak pedulik sangat tentang benda lain dalam kedai ni. Tiga kali kitorang ulang ke Chemist Warehouse hanya untuk shopping perfume. Ya Allah, murahnya memang luar biasa. Sangatttttt murah. Tengok sendirilah harga die. Gile ko tak beli?? Nanti tak payah dah beli souviner lain untuk orang kat rumah, borong perfume je.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
5TH DAY - City Tour
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Watertown
Depan hotel kitorang je. Jalan2 dalam ni best jugak. Konsep macam JPO. Yang bestnya bile kite masuk xde orang membontoti kite jalan dan tanye nak beli ape macam kite nak merompak.

Bell tower
Untuk ambik gambar je.

Elizabeth Quay
Ambik gambar pemandangan bangunan pencakar langit Perth dan yacht2 yang berlabuh.

BigW
Shopping lagi. Orang rekomen gi sini untuk beli Corelle. Tapi tak cantik pun Corelle die. Macam tak berbaloi je nak beli. So kitorang beli benda lain je yang lebih berbaloi dan murah.

Corica Pastry
Hari ni nak berbuka puasa dengan apple strudell. AUD22 untuk sekotak apple strudel. Rasa die? Entah apelah taste orang yang rekomen ni. Tak de luar biasa pon. Hanyalah puff pastry lapis dengan caramelized apple dan sos kastad. That's it!

Blue Boat House
On the way ke tempat ni sangat cantik melalui pantai dan suasana aman damai sangat. Rumah ni pulak comel je terletak kat pesisiran. Tapi beware, search siap2 jalan ke tempat parking blue boat house ni. Sebab kat sini xde tempat parking dan nanti dah parking kena jalan jauuuuuh pulak. Kalau dah terlepas, agak tricky pulak tu untuk pusing balik.

Chemist Warehouse
Penutup trip ke Perth ni kitorang sudahi dengan shopping kat sini sekali lagi untuk borong lebih banyak perfume untuk bawak balik. Punyalah lama kitorang kat sini sampai pekerja die terjenguk2 tengok kenapalaaaa diorang ni lama sangat pilih perfume. Orang die kalau masuk kedai ni 2-3 minit je dah terus blah. 


***Next time aku akan update details cerita2 kat Perth ni termasuk gambar.

No comments:

Post a Comment