Bertolak dari rumah dalam pukul 11. Pukul 12 dah masuk Golok. Alhamdulillah kat imigresen tak ramai sangat orang time kitorang sampai tu. Kalau tak biasanya berjam-jam jugak beratur nak cop pasport (belah Thailand). FYI kitorang travel dengan kereta. Untuk bawak masuk kereta masuk Thailand korang kena bawak geran ori kereta.
Dari Golok, kitorang drive sampai ke Takbai. Masuk market Takbai jap. Beli baju, tudung, kasut, kosmetik dan makanan. Sangat berbaloi beli belah kat sini. Range harga sangatlah murahhhhh. Baju hanya RM10-25. Tudung yang fesyen sangat up to date RM3-20. Kasut RM20-RM50. Kosmetik sangat banyak pilihan. Masuk kedai die, pilihlah sampai lebam. Konsep die toko jamu tapi boleh masuk window shopping dan layan diri je. Sangat best. Makanan die tak payah citer la. Sedappp dan murah gile! :D
Kesimpulannya, bile sampai Takbai, boronglah ape yang rasa nak beli tu. Memang TAKKAN dapat harga yang same dekat mane2 di Malaysia. Not even dekat rantau panjang. Betullll. :P
p/s: Elok tukar duit BAHT siap2 untuk elakkan diorang markup harga kaw2 sebab duit ringgit murah sangat sekarang.
p/s/s: Beli makanan pakai duit ringgit je. Sebab diorang convert mudah2 je. (10 baht = rm1)
Lepas selesai shopping2 kitorang terus gerak ke Narathiwat. Tujuannya cuma nak makan kat pantai die je. Tak jauh pun dari Takbai. Sepanjang jalan nak ke sana akan ade beberapa road block oleh askar Thai. Biasa diorang tak tahan pun. Just berenti, turunkan cermin, then senyum. Kalau die bagi signal suh berenti then keluarkan je passport. Biasa dorang tak pandai cakap melayu. Nak mintak kite tunjuk passport pun tak reti. LOL. Ini kisah benar. Jangan ketawakan diorang. Korang bedal je cakap english. Tunjuk passport semua orang dalam kereta tu dan tunjuk dokumen kereta korang. Then jalanlah.
Sampai ke pantai tu terus parking kereta kat tempat die. Kite tak dibenarkan bersiar-siar sepanjang pantai dengan kereta tau.
Jalan menuju ke pantai. Dah ade orang jual2 makanan. Pakaian kanak2 banyak sangat kat sini. Lebih kurang macam Port Dickson/ Pantai Merdeka gitu. Tapi old school gitu. Harga sangatlah murah.
![]() |
Gerai jual kerabu, air mineral dan sosej2 Thai. |
Sampai tepi pantai tu kitorang pilih untuk duduk bawah pokok rhu. Ni meja2 die. Sangat comel. Konsep die semua bersila kat lantai. Memang berkelah habis.
Pada pandangan aku, feeling die lebih bila kite dok bersila camni. Lain dari yang kita selalu tengok. Sungguh rileks dan sempoi. Orang die pun sangat santun dan baik.
Pilih je mana2 meja yang berkenan. Duduk situ nanti orang die akan datang bawak menu. *Menu dalam bahasa/tulisan Thai. Memang tak paham ape pun yang die tulis tu. Just boleh tunjuk2 gambar je. Tu pon tak berapa clear. Tapi biasanye kitorang order je apa yang biasa ade kat kedai2 makan tomyam tu.
Kitorang order kerabu suhun, tomyam dan nasi goreng tomyam. Gerai yang kitorang pilih hari ni agak hampeh. Huhu.. Bergantung pada gerai sebenarnya. Dah banyak kali kitorang ke sini biasanye makanan sangat meletop.
Ikut teori kitorang (ekeke :P) Pilih gerai yang pekerjanya lelaki sebab lelaki ni tak lokek untuk letak bahan2 dalam masakan. Papepun, jangan lupe jugak untuk order haiwan2 celup tepung kat sini.
Ikan pari, ikan, udang, telur sotong, kerang.
Harga ikan pari 45 baht. Lain2 pulak cuma 15 baht. Bukan ke gile murahhh??!
Kalau korang nak pakai toilet/surau boleh ke belakang gerai dorang. Tak payah bayar pun. Keadaan die agak koboi. Tapi feeling2 adventure gitu boleh la...
Lepas makan-makan, kitorang gi sewa motor APV. Sorry kualiti gambar hancuss T.T
Untuk satu round cuma 20 baht je.
![]() |
Suasana dalam kedai diorang. |
![]() |
Comel2 je kerusi meja. |
![]() |
Suasana pantai. |
Selesai main2 makan angin pantai, kitorang gerak ke parking. Masuk kereta dan terus decide nak pergi market die pulak. Petang2 memang perfect untuk tengok2 apa yang nelayan bawak balik.
Tapi kan, cerita sebenarnye nak ke market cuma nak tengok strawberry akak ni je. Adik aku punya excited nampak gerai strawberry ni dari mula2 jalan masuk area pantai ni lagi. Apatah lagi signboard die tulis 25 baht je.
![]() |
Excited pakcik ni nak makan strawberry. |
Tengok tu harga die. Murah ke tidakk??
Masuk dalam pasar die, orang tempatan pun ramai jalan2. Macam2 pulak tu die jual. Makanan, kuih2, sayur dan macam2 lagi. Satu bahagian lagi jual pakaian. Macam pasar malam. Meriah.
Tengok pucuk paku tu. Segarrr. 7 baht je!
Ikan segar ade. Ikan kering pun ade.
Takde niat nak snap akak ni. Nak tunjuk harga ikan tu je. Tengok selonggok udang tu 20 baht je. Gile ke tak murah die?? Udang busuk kat tempat kite pun takde orang jual semurah tu. Betul tak?? :D
Ketam nipah (kot?) Sangat segar. Masih gerak2 lagi. Nasib baik dah kena ikat gitu. Kalau tak memang kena sepit la dengan die.
![]() |
Udang 130 baht sekilo.
|
![]() |
Murah gilerrrr |
Abang ni merayu2 suh kitorang beli ikan selar kuning die tu. 20 baht je sekilo. Sangatttttlah murah. Kitorang punya excited gile jalan dalam pasar ni perasaan tu macam nak beli semua benda yang dorang jual. Nasib baik duit baht tak banyak dalam dompet. Kalau tak memang tak muat kereta lahhhh kitorang borong. Ekekekeke...
![]() |
Apam balik inti kacang |
![]() |
Macam2 kuih, kuetiaw, mee, bihun |
![]() |
Besar gedabak karipap ni |
![]() |
Brownies |
![]() |
Kek dengan krim yang comel2 |
Setakat tu je kitorang jalan2 hari ni. Sangatlah seronok. Pesan cuma satu je, tukar duit baht banyak2. Lepas balik akan plan bile pulak nak pegi sana lagi. Dok terbayang je semua benda best yang tak beli tadi. Makin melonjak2 perasaan nak jalan lagi. :D
No comments:
Post a Comment