Aku pernah mengandung. Tapi gugur masa usia kandungan 6 minggu. Masa tu aku sangka aku gugur sebab depression. Sebab aku terpaksa berjauhan dengan suami.
Tapi rupa2nya gugur tu sebab chromosome abnormalities. Semenjak itu, aku risau betul tentang kesuburan aku. Aku rasa, akulah penyebabnya. Aku tak subur. Aku tak makan cukup folate dsbgnya.
Semalam aku terjumpa artikel mengatakan bahawa kebanyakan kes chromosome abnormalities adalah terletak pada sperma suami.
Kajian menunjukkan jika suami ambik folic acid setiap hari, tahap kesihatan spermanya akan bertambah 20%.
Malangnya, kami baru je selesai tempoh mencuba. Andai aku mengandung, nampaknya dah terlambat untuk aku suruh suami aku ambik folic acid.
No comments:
Post a Comment