Thursday, 16 February 2017

Pengalaman Buat Lesen Memandu di Pasir Mas

Tempat: Konsortium Memandu Sejati Erat (M) Sdn Bhd.

Beberapa hari sebelum tu, 
- Hantar mesej kat pakcik sorang ni. Namanye Abe Yi. Bagitau die aku nak buat lesen. Nanti die call, dan bagitau kena bawak ape.
- Macam aku, die suh bawak RM300 dan pakai kasut bertutup. Tu je. Then die suh tunggu kat lorong rumah aku. Nanti die datang ambik.
- First step untuk buat lesen ni adalah kena dengar taklimat. 6 jam youuuu. -___-
- Taklimat ni ade hari Jumaat je. 

DAY 1
 25 Nov 2016
- Abe Yie kata 8.15 am die datang ambik. Tercegatlah aku tunggu kat lorong depan tu. Pukul 8.30 am baru sampai.
- Dah sampai sane, masuk bilik kuliah kecik, die suh jawab soalan untuk test buta warna ke tak. 23 soalan semuanya. Nanti cikgu tanda betul ke tak.
 - Then die suh kite gi kaunter, bagi IC dan duit RM300. Nanti tunggu die panggil untuk ambik cap jari. Buku teks tu pun die bagi sekali time ni.
- Pukul 9.45 pg taklimat mula.
- Sangatlah bosan. Cikgu baca direct dari buku. :( Mengantuk tersengguk-sengguk. Then, pukul 11.30 rehat. Masuk pukul 12. Then pukul 1 rehat lunch hour sampai pukul 2.30. Dapat lunch free sempena ulangtahun pembukaan sekolah memandu ni.
- Pukul 2.45 kelas start balik. Tukar cikgu. Tadi cikgu laki, ni cikgu pempuan pulak. Okayla sikit. Alhamdulillah kelas sampai pukul 5 je.
p/s jangan lupa beli buku soalan latihan rm5 kat kerani. Kat google play pun ade, tapi being old school pun ape salahnye. ekekeke....

Kesimpulan hari pertama
- Bagi aku yang dah lama gile tinggal sekolah ni, aduhhhh dengar lecture kat depan berjam2 gitu sangatlahhhhhh memenatkan. Looking forward to the real kelas memandu. Dan harap takde la buang masa student. Masa bagi seorang ibu sangatlah berharga.


DAY 2
29 Nov 2016
Hari ambik exam berkomputer. Memandangkan Cikgu aku kat mekah, aku pun kena la cari inisiatif sendiri untuk gi ke bangunan merah myeg tu. Hari sebelum tu aku dah jawab semua soalan dalam buku latihan. Tak baca pun buku teks.

Untuk ambik exam ni, cikgu lesen kena bookkan untuk kite dulu. Kena bawak:
- Sijil dari sekolah memandu
- IC
- Duit Rm10

Sampai sana ambik nombor. Tunggu die panggil. Nanti die scan ic, ambik cap jari, dan ambik gambar. Bayar rm10. Beg semua letak kat rak yang die sediakan.

Then masuk dalam bilik exam yang macam CC je. Ade 10 komputer dalam tu. Then startlah menjawab.

Die test buta warna dulu. Then 50 soalan berkaitan jalan raya. Aku jawab dalam 10 minit je. Soalan sebijik macam dalam buku dan apps yang aku install dari Google Play. 

Result aku 50/50. (-..-)
Keluar dari bilik tu aku letak IC kat akak kerani tu. Then die scan IC balik, ambik jap jari. Then die print n cop result exam kite. Then terus boleh balik. Sekejap gilerrr.

Untuk buat lesen L, aku serahkan semua ni kat cikgu ganti aku:
- Salinan IC
- Gambar ukuran pasport background putih
- Result exam tadi
- Duit Rm50 (klu lebih cikgu pulangkan)


DAY 3
Bengkel KPP02
21 Dec 2016

Hampir sebulan lepas lulus ujian baru masuk belajar kereta. Janji nak datang ambik pukul 7.30 pg. Tercegatlah aku tunggu. Aku memang punctual bab2 masa ni. Tapi sejenis melayu sejati sorang ni, pukul 8.15 baru tunjuk muka. Takde maaf langsung. Pagi2 dah membuak aku nak marah. Bayangkan 45 minit tercegat menunggu?? Konon baru balik umrah. Macam ni ke sikap tetamu Allah?

Okay. Dah sampai sana,  aku pun cubala reset balik mood. Positifkan balik minda. Isi borang, ambik cap jari. Tulis kat situ belajar 3 jam. Start belajar pukul 8.50 am. Wah3 sedap je dengar kan.

Die suruh aku tunggu kat pondok kancil. Aku pun duduklah situ. Tengok ramainya budak2 lepas SPM ni nak buat lesen. Very bad timing lah ni! :(

Main game, pergi toilet, termenung tengok sana sini. Dengar cikgu bagi taklimat RPK RSM. Pukul 11 takde nampak batang hidung lg. Bile aku lalu kat kantin nampaklah cikgu aku yang name abe yie tu duk melilau kat kantin. Baru selesai makan.

Pukul 11.30 pg die pun ajak aku masuk kereta viva auto. Terus aku duk kat tempat pemandu. First time ever in my life ni pegang stereng. Die ade tanya pernah drive tak. Aku cakap tak. Then, startlah die ajar wiper, signal basic2. Tekan brek, tukar gear P, R, N, D semua tuhhh.Then start jalan. Mula2 dah kena marah dah. Sebab tak mahir control stereng. Jujurnya memang aku rasa susahnya nak bajet timing untuk pusing stereng tu. Jadi kelam kabut jugaklah kan. FIRST TIME!

11.30 - 11.50 am dah masuk office balik. Ambik cap jari. Pergi minum. Memang kerja ulang alik kat kantin je tau. Pukul 12.10 start latihan lagi. Kali ni naik bukit, then pusingan S. Fuh. sangat mencabar tu pusingan S. T_____T

Kali ni belajar dari pukul 12.10 ke 1.15 pm (1 jam 5 minit). Sepanjang masa ni memang kena marah je memanjang. Kena pandai la menjawab time ni. Tapi takde la sampai nak gaduh2 kan. Aku pekakkan je telinga and cuba sedaya upaya dengar arahan. Walaupun arahan die tu tak berapa clear. Contoh: Die nak suruh aku masuk simpang kiri, die tak jelaskan dulu plan die tu. Dah sampai betul2 kat selekoh baru die cakap "Masuk masuk! Ape ni tak dengar arahan ni? Orang bagi arahan ni dengar la." Lagi ayat die, "Tengok tu. Malas tu, malas. Malas pusing stereng. Pelik betul. Pusing la."

Tapi bile dah selesai belajar die akan approach aku balik dan seakan cuba untuk baik2 semula dengan borak2 dan mesra walaupun sebelum ni tak pernah pon die cakap2 dengan aku. So, aku fikir marah die tu teknik die mengajar kot, die taktau intonasi sesuai untuk mengajar orang. Mungkinlaaaa. Papepun lantaaaaak lah. Ade aku kesah?? Takde masa nak personal2. Aku cuma nak lesen aku je. Lol

Katanya nak habiskan 5 jam setengah tu terus satu hari. Then pukul 2 nak sambung lg. Aku pun pergila order air lagi kat kantin. Tunggu sampai pukul 2. Bile elok2 jam cecah pukul 2, die datang cakap tak jadilahhh. Sambung tahun depan. Aku pun, ehhhh? Die sambung lg, katanya pukul 2.30 nanti die hantar balik sebab die baru order megi goreng dengan 4 bijik telur!!

Ko pikir2 sendirilah pukul 2.30 die tu maknanye 3.15 petang ok! Aku n 2 orang lg gadis adalah yang terakhir balik hari tu. Rasanya abe yie ni adalah orang yang paling tak tepati masa kat sekolah memandu tu.

Dah nak balik tu aku pun dapatlah lesen L aku.

In total belajar: 
1 jam 25 minit

Complain: 
Tak tepati masa.
Terlalu banyak BUANG masa.
Management sangat2 teruk.

No comments:

Post a Comment