Iodine diperlukan supaya baby kita jadi bijak. Tapi jangan terlebih ambik pulak. Sebab ada kejadian di mana ibu2 ni obses sangat nak anak dia genius. Dah jadi overdose iodine pulak. Kesannya tak nampak kat kita. Tapi nanti bila baby tu lahir, dia akan ada masalah thyroid.
Jadi berpada2 lah. Sumber iodine yang paling senang kat negara kita ni sudah tentulah seafood. Terutamanya kerang dan seaweed. Tapi berapa kali sangat dalam seminggu kita nak makan kerang. Seaweed apatah lagi. Kita bukan jepun, betol tak.
Nak senang lagi, makan yogurt. Ia mengandungi 154 mcg iodine bagi setiap cawan. Kalau nak senaaaaaang lagi, beli himalayan salt. 0.5 gram garam ni mengandungi 250 mcg iodine. Lebih daripada keperluan dah. Jadi hati-hati.
Wanita mengandung memerlukan 220 mcg iodine sahaja.
Jadi, gaulkan garam himalaya tu dengan garam biasa. Sikit dah cukup dah. Aku beli himalayan salt dekat econsave. Sebab econsave ni paling dekat dgn rumah aku. 5 minit jalan je. huhu... Dah namanya econsave. Takde pilihan sangat. Ada pun satu brand je.
![]() |
Pink |
![]() |
Takde maklumat tentang iodine pun :( |
Gasaklah. Yang penting tanggungjawab aku pada baby dah selesai. Bereh....
No comments:
Post a Comment