Thursday, 23 February 2017

Pengalaman Repeat Test JPJ

Sehari sebelum test, aku dijemput untuk buat latihan kat litar. Pukul 11.30 pg belajar. Pukul 12.30 dah siap. 3 round je. Cikgu gila seks tu langsung tak pandang dah. Die passed kan aku kat Abe Yi. Nampak sangat die tau die salah.

Bayaran untuk ambik test ni Abe Yi mintak RM60 dari aku. Sorang student lain ni (belajar auto gak) cuma bayar RM35 je. Nak kata ape tu?

Then dah selesai belajar pukul 12.30 pm tu melangok aku tunggu sampai 3pm. 😠

Hari yang ditunggu-tunggu. Aku memang dah redha habis dah kali ni. Kalau kena dengan jpj edie tu lagi memang mampus la kan. Dan surprisingly memang edie tu lagi yang jaga tempat parking tu.

Pukul 8.45 pg sampai sana, terus gi ambik nombor dekat pondok kancil. Pastu duduk dengar taklimat. Aku dapat sesi 3, sekali dengan dorang yang repeat sekali dengan aku. Adelah dalam 16 orang yang repeat litar dengan aku.

Buat RPK dan RSM. Sangat simple. Die duduk dengan muka boring je. Lebih suka bercakap tentang kehidupan peribadi kite je. Siap nak usya2 kite lg.

Dah selesai, gi pondok kat bukit tu. Tunggu lah giliran kite. Since aku auto, dan auto hari tu cuma 3 orang je kalau tak silap. Jadi memang awal2 lagi dah dipanggil. Aku pun redha jelah buat semua tu. Dari bukit, parking, 3 penjuru, selekoh s, z dan ramp.

Kat training memang aku selalu failed selekoh z. Tapi untuk test ni aku memang jalan sehabis slow la kat situ. Alhamdulillah selesai.

Selesai ramp, aku pusing roundabout dan gi parking kat bukit semula. Gi ambik borang semula, nasib baik edie bagi lulus. LOL

Dah siap semua tu, abe yi mintak RM60. Katanya nak bagi jpj. Ohhh, jadi kalau tak bagi 60 ringgit tu rupanya failed lah aku ye?? Siap bisik2 lg dengan aku, katanya jangan bgtau sesiapa. Then die mintak lagi RM60 untuk proses lesen P. Totalnya RM120.

Banyaknye extra RM ni since kena repeat. Anyway, aku tak de bersoal jawab dengan die, just bayar dan bersyukur je aku tak perlu gi sana lagi. Yayyy!

Thursday, 16 February 2017

Pengalaman Buat Lesen Memandu KMSE Part II

Hari ke 4 aku mula belajar dengan cikgu baru yang sangat gila seks. Tak pernah introduce diri, tak tau nama ape. Tapi rasanya orang panggil die Abe Di. (kalau tak silaplah)

Cikgu ni instead of marah, die suka buat kelakar seks, yang die rasa okay sebab aku dah kawin. Tapi sebenarnya rude kalau fikir2 kan balik. Sepanjang tiga tahun kahwin, tak pernah orang cakap sebanyak ini tentang seks dengan aku. First of all, sebab personaliti aku bukan jenis yang bertepuk tampar dan loud. Aku ni jenis reserved orangnya. Cikgu ni tak analisis orang dulu, die terus terjah buat lawak seks die. Kalau lawak saje yang seks takpe. Ade jugak masa2 tertentu nak korek2 kisah dalam kelambu antara aku dengan Mr. Handsome. Sangat rude!

Dari hari 4-10 aku senyum dan gelak je bile dia berlawak. Aku hormatkan die. Tapi aku perasan die takde mengajar dan bagi tips sangat. Kalau kite tak ingat terus die frust dan nak punish. Ini teknik die mengajar - Teknik Punish. Contoh masa aku lalu jalan B, aku lupa macamana nak handle jalan tu, die boleh ugut aku. Berulang kali die cakap aku akan fail. Dan, instead of driving 3 round kat route tu, die hanya ikut aku untuk 2 route je. Sebab style driving aku sangat tak memuaskan. Aku dah tak puas hati time ni.

Hari ke 10, aku lupa cara parking. Die tinggalkan aku round litar sorang2 sebagai hukuman sebab lupa. Cikgu orang lain elok je ade dekat litar temankan student dorang sampai habis. Esok nak test kot! Inilah masanya untuk cikgu bagi sebanyak tips yang boleh kepada student die. Tapi die menghilang. For two hours aku round2 dalam tu sorang diri. Until finally die suruh aku stop. Katanya awak ni entah ke mana2 entah. That's it.

Hari test keesokannya aku FAILED. 

Dan nak complain jugak tentang pegawai2 JPJ yang buat test tu. Sangat rude dan bongkak. Memang macam tu ke caranya? 

Sangat tak puas hati!

Pengalaman Buat Lesen Memandu di Pasir Mas

Tempat: Konsortium Memandu Sejati Erat (M) Sdn Bhd.

Beberapa hari sebelum tu, 
- Hantar mesej kat pakcik sorang ni. Namanye Abe Yi. Bagitau die aku nak buat lesen. Nanti die call, dan bagitau kena bawak ape.
- Macam aku, die suh bawak RM300 dan pakai kasut bertutup. Tu je. Then die suh tunggu kat lorong rumah aku. Nanti die datang ambik.
- First step untuk buat lesen ni adalah kena dengar taklimat. 6 jam youuuu. -___-
- Taklimat ni ade hari Jumaat je. 

DAY 1
 25 Nov 2016
- Abe Yie kata 8.15 am die datang ambik. Tercegatlah aku tunggu kat lorong depan tu. Pukul 8.30 am baru sampai.
- Dah sampai sane, masuk bilik kuliah kecik, die suh jawab soalan untuk test buta warna ke tak. 23 soalan semuanya. Nanti cikgu tanda betul ke tak.
 - Then die suh kite gi kaunter, bagi IC dan duit RM300. Nanti tunggu die panggil untuk ambik cap jari. Buku teks tu pun die bagi sekali time ni.
- Pukul 9.45 pg taklimat mula.
- Sangatlah bosan. Cikgu baca direct dari buku. :( Mengantuk tersengguk-sengguk. Then, pukul 11.30 rehat. Masuk pukul 12. Then pukul 1 rehat lunch hour sampai pukul 2.30. Dapat lunch free sempena ulangtahun pembukaan sekolah memandu ni.
- Pukul 2.45 kelas start balik. Tukar cikgu. Tadi cikgu laki, ni cikgu pempuan pulak. Okayla sikit. Alhamdulillah kelas sampai pukul 5 je.
p/s jangan lupa beli buku soalan latihan rm5 kat kerani. Kat google play pun ade, tapi being old school pun ape salahnye. ekekeke....

Kesimpulan hari pertama
- Bagi aku yang dah lama gile tinggal sekolah ni, aduhhhh dengar lecture kat depan berjam2 gitu sangatlahhhhhh memenatkan. Looking forward to the real kelas memandu. Dan harap takde la buang masa student. Masa bagi seorang ibu sangatlah berharga.


DAY 2
29 Nov 2016
Hari ambik exam berkomputer. Memandangkan Cikgu aku kat mekah, aku pun kena la cari inisiatif sendiri untuk gi ke bangunan merah myeg tu. Hari sebelum tu aku dah jawab semua soalan dalam buku latihan. Tak baca pun buku teks.

Untuk ambik exam ni, cikgu lesen kena bookkan untuk kite dulu. Kena bawak:
- Sijil dari sekolah memandu
- IC
- Duit Rm10

Sampai sana ambik nombor. Tunggu die panggil. Nanti die scan ic, ambik cap jari, dan ambik gambar. Bayar rm10. Beg semua letak kat rak yang die sediakan.

Then masuk dalam bilik exam yang macam CC je. Ade 10 komputer dalam tu. Then startlah menjawab.

Die test buta warna dulu. Then 50 soalan berkaitan jalan raya. Aku jawab dalam 10 minit je. Soalan sebijik macam dalam buku dan apps yang aku install dari Google Play. 

Result aku 50/50. (-..-)
Keluar dari bilik tu aku letak IC kat akak kerani tu. Then die scan IC balik, ambik jap jari. Then die print n cop result exam kite. Then terus boleh balik. Sekejap gilerrr.

Untuk buat lesen L, aku serahkan semua ni kat cikgu ganti aku:
- Salinan IC
- Gambar ukuran pasport background putih
- Result exam tadi
- Duit Rm50 (klu lebih cikgu pulangkan)


DAY 3
Bengkel KPP02
21 Dec 2016

Hampir sebulan lepas lulus ujian baru masuk belajar kereta. Janji nak datang ambik pukul 7.30 pg. Tercegatlah aku tunggu. Aku memang punctual bab2 masa ni. Tapi sejenis melayu sejati sorang ni, pukul 8.15 baru tunjuk muka. Takde maaf langsung. Pagi2 dah membuak aku nak marah. Bayangkan 45 minit tercegat menunggu?? Konon baru balik umrah. Macam ni ke sikap tetamu Allah?

Okay. Dah sampai sana,  aku pun cubala reset balik mood. Positifkan balik minda. Isi borang, ambik cap jari. Tulis kat situ belajar 3 jam. Start belajar pukul 8.50 am. Wah3 sedap je dengar kan.

Die suruh aku tunggu kat pondok kancil. Aku pun duduklah situ. Tengok ramainya budak2 lepas SPM ni nak buat lesen. Very bad timing lah ni! :(

Main game, pergi toilet, termenung tengok sana sini. Dengar cikgu bagi taklimat RPK RSM. Pukul 11 takde nampak batang hidung lg. Bile aku lalu kat kantin nampaklah cikgu aku yang name abe yie tu duk melilau kat kantin. Baru selesai makan.

Pukul 11.30 pg die pun ajak aku masuk kereta viva auto. Terus aku duk kat tempat pemandu. First time ever in my life ni pegang stereng. Die ade tanya pernah drive tak. Aku cakap tak. Then, startlah die ajar wiper, signal basic2. Tekan brek, tukar gear P, R, N, D semua tuhhh.Then start jalan. Mula2 dah kena marah dah. Sebab tak mahir control stereng. Jujurnya memang aku rasa susahnya nak bajet timing untuk pusing stereng tu. Jadi kelam kabut jugaklah kan. FIRST TIME!

11.30 - 11.50 am dah masuk office balik. Ambik cap jari. Pergi minum. Memang kerja ulang alik kat kantin je tau. Pukul 12.10 start latihan lagi. Kali ni naik bukit, then pusingan S. Fuh. sangat mencabar tu pusingan S. T_____T

Kali ni belajar dari pukul 12.10 ke 1.15 pm (1 jam 5 minit). Sepanjang masa ni memang kena marah je memanjang. Kena pandai la menjawab time ni. Tapi takde la sampai nak gaduh2 kan. Aku pekakkan je telinga and cuba sedaya upaya dengar arahan. Walaupun arahan die tu tak berapa clear. Contoh: Die nak suruh aku masuk simpang kiri, die tak jelaskan dulu plan die tu. Dah sampai betul2 kat selekoh baru die cakap "Masuk masuk! Ape ni tak dengar arahan ni? Orang bagi arahan ni dengar la." Lagi ayat die, "Tengok tu. Malas tu, malas. Malas pusing stereng. Pelik betul. Pusing la."

Tapi bile dah selesai belajar die akan approach aku balik dan seakan cuba untuk baik2 semula dengan borak2 dan mesra walaupun sebelum ni tak pernah pon die cakap2 dengan aku. So, aku fikir marah die tu teknik die mengajar kot, die taktau intonasi sesuai untuk mengajar orang. Mungkinlaaaa. Papepun lantaaaaak lah. Ade aku kesah?? Takde masa nak personal2. Aku cuma nak lesen aku je. Lol

Katanya nak habiskan 5 jam setengah tu terus satu hari. Then pukul 2 nak sambung lg. Aku pun pergila order air lagi kat kantin. Tunggu sampai pukul 2. Bile elok2 jam cecah pukul 2, die datang cakap tak jadilahhh. Sambung tahun depan. Aku pun, ehhhh? Die sambung lg, katanya pukul 2.30 nanti die hantar balik sebab die baru order megi goreng dengan 4 bijik telur!!

Ko pikir2 sendirilah pukul 2.30 die tu maknanye 3.15 petang ok! Aku n 2 orang lg gadis adalah yang terakhir balik hari tu. Rasanya abe yie ni adalah orang yang paling tak tepati masa kat sekolah memandu tu.

Dah nak balik tu aku pun dapatlah lesen L aku.

In total belajar: 
1 jam 25 minit

Complain: 
Tak tepati masa.
Terlalu banyak BUANG masa.
Management sangat2 teruk.

Saturday, 11 February 2017

Driving Instructor

Tak puas hati dgn sorang pengajar kat sekolah memandu kmse ni. Esok aku ade test dan hari ni seharian dia merajuk kononnya. Nak menghukum aku sebab aku lupa instruction die untuk parking. Instead of mengajar, die menghilangkan diri. Aku dibiarkan drive masuk semua 3 penjuru, s, z, dan ramp tanpa guide. Nasib baik utk 3 penjuru tu selalu ade cikgu lain yang datang dekat aku dan bg tips. Esok aku ade test dgn jpj!! Ke mane die menghilang??

Sungguh tak professional. Kalau aku fail esok, berbaloi ke dgn emosional die tu?? Tolonglahhh...

#midlifecrisis
#pervert