1 August 2015, aku tinggalkan suami sorang2 dekat senai. Time tu baby 34 minggu. Hari ni aku dah full term. Personal story kita tinggalkan. Aku nak cerita tentang perkhidmatan klinik desa di kelantan. Pengalaman aku sepanjang mengandung dekat senai sangatlah smooth. Tak perlu pun check up kat swasta. Dahla free, cekap dan cepat pulak tu. Betul... Pukul 8.30 pagi dah boleh balik. Tak cepat ke gitu? Misi2 kat sana baik dan sopan. Walaupun biasalah kan, kerja banyak dsbgnya tapi padanlah dengan perkhidmatan percuma tu. Aku pun tak expect tinggi.
Berbekalkan pengalaman baik tu, aku pun mintak transfer ke Klinik Desa Kasar. Dekat dengan rumah mak bapak aku. In fact masa mengandungkan aku dulu pun mak aku check up kat situ. So, aku pun bawaklah buku pink tu ke sana. Masuk2 pintu klinik, aku bagi senyuman. Misi tu langsung tak senyum. Seolah2 aku masuk dalam klinik tu untuk mintak penampar. Aku duduk depan dia dan explain aku transfer dari klinik senai. Dia mula tanya rumah aku kat mana. Cara dia tanya rumah aku kat mana tu macam nak cari gaduh. Seolah2 aku ni datang dari hutan mana. Duduk celah mana, gitu.
Sorang misi lain masuk campur dalam soal cari2 lokasi rumah. Then, ada sorang lagi misi tengah nak solat kot, jeling semacam je dengan ekor mata. Mereka terus soal aku punya rumah ni dekat mana. Bila dah selesai, ditanya pulak kenapa aku transfer. Kenapa dan kenapa. 'Awak balik ni sebab nak beranak ke?' soalnya. Ton suara dan mimik muka macam aku ni sangat hina. Ada sesuatu pada body language mereka yang buat aku rasa tak senang. Adakah aku menyusahkan sebab transfer? Orang transfer setiap hari di mana2 klinik. Adakah ni kes pertama diorang?
Dah selesai cari lokasi rumah, dia suh aku photostat setiap helai buku pink dan bawak esok pagi untuk jumpa doctor. Aku fikir kalau misinya dah macam tu, doctornya macamanalah kan. Otak aku tak boleh nak hadam perangai mereka ni. Peliknya. Kenapa sangat tak berbudi bahasa? Mahal ke senyuman tu? Ko ingat orang yang pergi check up klinik desa ni bodoh2 tak sekolah ke? Dan kalau orang tu bodoh tak sekolah sekalipun, layak ke mereka dilayan sebegitu? Ya Allah. Aku sangat terkejut. Sombong gila.
Dekat senai, pemegang kad UNHCR pun diorang layan elok. Walaupun golongan pelarian ni struggle untuk cakap melayu, tapi misi2 kat sana sangat membantu. Semua orang dilayan sama rata.
Aku keluar dari klinik tu dan ajak adik aku ke Klinik Lily. Dekat sana, dorang cek urine, timbang berat dan masuk jumpa doktor. Dalam tu doktor tanya nak beranak dengan dia ke. Nanti dia kena detail lagi la sebab kena cek hepatitis B.
Mengikut birth plan aku pun, memang aku nak bersalin kat klinik ni sebab dekat sangat dengan rumah aku. 3 km je. Tapi takdelah seawal 34 minggu check up dekat dia. At least nak check up dekat klinik kerajaan jugak. Sebab mengikut doktor kat senai, aku kena repeat MGTT. Itulah niat aku ke Klinik Kasar ni. Tak sangka pulak misi2 nya kerek dan takde adab.
Dah gitu, aku pun tak de la rekod dengan klinik jahat ni. I deserve better than that.
Kalau suami aku punya project stretch sampai hujung tahun ni, mungkin aku akan bersalin dekat johor je. Tak dinafikan, klinik swasta sini pun tak secanggih johor. Kat sana, bila dorang scan, doktor tutup lampu. Husband pun boleh tengok dekat skrin besar depan aku apa yang berlaku dalam rahim. Doktor akan bagi penerangan panjang lebar, macam dengar lecture. Sangat informative. Mungkin cajnya 2x ganda untuk bersalin kat johor. Tapi kami dah ready untuk spend duit. Sekali seumur hidup je beranak. Atau mungkin dua. Tapi project dia siap dalam september. Ngam2 dengan due date aku. Lagipun 1st baby kena lah depan mak bapak. Dikelilingi adik2 aku. I can see that everybody's excited for my baby's arrival. So lets share the joy.
Tapi sikap rakyat kelantan yang macam ni sangat menyedihkan. Seriously lepas aku keluar dari klinik desa tu aku rasa macam ishh, ni kelantan ke India. Aku dari klinik desa johor je pun sebelum ni. Bukan dari negara maju. Tapi boleh rasa bezanya. Rasa macam terjun dari tempat tinggi ke tempat yang mundur dan hampeh. Boleh rasa kemunduran fikiran misi2 tu. Sangat memalukan.