Sunday, 16 August 2015

Klinik Desa Kasar Sucks

1 August 2015, aku tinggalkan suami sorang2 dekat senai. Time tu baby 34 minggu. Hari ni aku dah full term. Personal story kita tinggalkan. Aku nak cerita tentang perkhidmatan klinik desa di kelantan. Pengalaman aku sepanjang mengandung dekat senai sangatlah smooth. Tak perlu pun check up kat swasta. Dahla free, cekap dan cepat pulak tu. Betul... Pukul 8.30 pagi dah boleh balik. Tak cepat ke gitu? Misi2 kat sana baik dan sopan. Walaupun biasalah kan, kerja banyak dsbgnya tapi padanlah dengan perkhidmatan percuma tu. Aku pun tak expect tinggi.

Berbekalkan pengalaman baik tu, aku pun mintak transfer ke Klinik Desa Kasar. Dekat dengan rumah mak bapak aku. In fact masa mengandungkan aku dulu pun mak aku check up kat situ. So, aku pun bawaklah buku pink tu ke sana. Masuk2 pintu klinik, aku bagi senyuman. Misi tu langsung tak senyum. Seolah2 aku masuk dalam klinik tu untuk mintak penampar. Aku duduk depan dia dan explain aku transfer dari klinik senai. Dia mula tanya rumah aku kat mana. Cara dia tanya rumah aku kat mana tu macam nak cari gaduh. Seolah2 aku ni datang dari hutan mana. Duduk celah mana, gitu.

Sorang misi lain masuk campur dalam soal cari2 lokasi rumah. Then, ada sorang lagi misi tengah nak solat kot, jeling semacam je dengan ekor mata. Mereka terus soal aku punya rumah ni dekat mana. Bila dah selesai, ditanya pulak kenapa aku transfer. Kenapa dan kenapa. 'Awak balik ni sebab nak beranak ke?' soalnya. Ton suara dan mimik muka macam aku ni sangat hina. Ada sesuatu pada body language mereka yang buat aku rasa tak senang. Adakah aku menyusahkan sebab transfer? Orang transfer setiap hari di mana2 klinik. Adakah ni kes pertama diorang?

Dah selesai cari lokasi rumah, dia suh aku photostat setiap helai buku pink dan bawak esok pagi untuk jumpa doctor. Aku fikir kalau misinya dah macam tu, doctornya macamanalah kan. Otak aku tak boleh nak hadam perangai mereka ni. Peliknya. Kenapa sangat tak berbudi bahasa? Mahal ke senyuman tu? Ko ingat orang yang pergi check up klinik desa ni bodoh2 tak sekolah ke? Dan kalau orang tu bodoh tak sekolah sekalipun, layak ke mereka dilayan sebegitu? Ya Allah. Aku sangat terkejut. Sombong gila.

Dekat senai, pemegang kad UNHCR pun diorang layan elok. Walaupun golongan pelarian ni struggle untuk cakap melayu, tapi misi2 kat sana sangat membantu. Semua orang dilayan sama rata.

Aku keluar dari klinik tu dan ajak adik aku ke Klinik Lily. Dekat sana, dorang cek urine, timbang berat dan masuk jumpa doktor. Dalam tu doktor tanya nak beranak dengan dia ke. Nanti dia kena detail lagi la sebab kena cek hepatitis B.

Mengikut birth plan aku pun, memang aku nak bersalin kat klinik ni sebab dekat sangat dengan rumah aku. 3 km je. Tapi takdelah seawal 34 minggu check up dekat dia. At least nak check up dekat klinik kerajaan jugak. Sebab mengikut doktor kat senai, aku kena repeat MGTT. Itulah niat aku ke Klinik Kasar ni. Tak sangka pulak misi2 nya kerek dan takde adab.

Dah gitu, aku pun tak de la rekod dengan klinik jahat ni. I deserve better than that.

Kalau suami aku punya project stretch sampai hujung tahun ni, mungkin aku akan bersalin dekat  johor je. Tak dinafikan, klinik swasta sini pun tak secanggih johor. Kat sana, bila dorang scan, doktor tutup lampu. Husband pun boleh tengok dekat skrin besar depan aku apa yang berlaku dalam rahim. Doktor akan bagi penerangan panjang lebar, macam dengar lecture. Sangat informative. Mungkin cajnya 2x ganda untuk bersalin kat johor. Tapi kami dah ready untuk spend duit. Sekali seumur hidup je beranak. Atau mungkin dua. Tapi project dia siap dalam september. Ngam2 dengan due date aku. Lagipun 1st baby kena lah depan mak bapak. Dikelilingi adik2 aku. I can see that everybody's excited for my baby's arrival. So lets share the joy.

Tapi sikap rakyat kelantan yang macam ni sangat menyedihkan. Seriously lepas aku keluar dari klinik desa tu aku rasa macam ishh, ni kelantan ke India. Aku dari klinik desa johor je pun sebelum ni. Bukan dari negara maju. Tapi boleh rasa bezanya. Rasa macam terjun dari tempat tinggi ke tempat yang mundur dan hampeh. Boleh rasa kemunduran fikiran misi2 tu. Sangat memalukan.

Thursday, 23 July 2015

Kesan Kafein

Kalau korang mengandung, pengambilan vitamin sangatlah penting. Yang utama sudah tentulah folic acid, calcium dan iron tablet. Berperang kan dengan nurse kalau datang bab bacaan hemoglobin.

Sebelum tu aku nak bagitau, hentikan pengambilan folic acid selepas 12 minggu kandungan sebab boleh menyebabkan masalah asma pada baby nanti.

Bab kafein pulak, banyak betul keburukannya pada penyerapan vitamin kita. Kalau rajin nak baca detail, pergi ke website NI.

Kat sini aku cuma nak buat kesimpulan bahawa kafein dilarang diambil dengan supplement2 ni.
  • Calcium
  • Vitamin D
  • Iron

Sunday, 5 April 2015

Restoran Barra Segamat (SUCKS!)

Malas nak ingat sebenarnya. Tapi nak jugak cerita tentang restoran bodoh ni. Masa tu kami on the way balik dari kelantan. Dah lebih 8 jam drive, kitorang sampai segamat lepas maghrib. Kat sebuah selekoh ni, kitorang berenti nak dinner.

Dalam banyak-banyak restoran suami aku berkenan terus dengan restoran ni sebab ada skrin besar. Nak tengok bola lah kononnya. Arsenal lawan liverpool.

RESTORAN BARRA
SEGAMAT
Jual satay dan nasi lemak. Lain2, cam biasa la goreng2.

Suami aku order nasi goreng ayam. Aku order satay dan nasi impit. Okay. Satay sampai. Tapi nasi impit belum. Aku tanya mana. Die cakap kejap. Dalam 10 minit, nasi goreng ayam sampai. Suami aku kopek2 ayam tu. Tak masak pulak kat tulang. Okay...

Nasi impit tak sampai lagi. Aku tanya lagi mana. Tukang kipas satay gemok tu cakap baru masak. Suami aku dah bengang gile masa tu. Nak komplen. Tapi komplen cakap inggeris dengan dorang. Jadi aku hanya fokus nak halang suami aku gaduh je kat situ. Dalam setengah jam. Tak sampai lagi. Aku tanya lagi. Katanya nasi baru masak. Lembik lagi.

Aku terus tunggu. Suami aku meruap2 nak marah. Bila dia dah nak marah camtu aku cuma nak tenangkan die je. Budak gemok tu datang lagi dengan muka bengang dekat aku. APA SALAH AKU KAT SINI KO NAK BENGANG? Aku cakap mana nasi impitnya. Die cakap lembik lagi. Aku cakap cancel lah. Die dengan muka berlagaknya cakap "Nak cancel ok ah." Dan terus pergi. Takde mintak maaf ape.

Kitorang dah penat sangat masa tu. Cuma nak cepat sampai rumah je. So, teruskan makan daripada membazir masa. Kat situ dah spent satu jam tunggu nasi impit saje.

Akhirnya kitorang pun blah la.

Review aku tentang restoran ni:
  • Sangat tak de sistem. Berapa kali order salah hantar ke meja aku dan meja customer lain. Pastu laung2 gaduh sama sendiri sebab salah bagi arahan.
  • Order nasi lemak pun punyalah lama. Padahal susun sambal dan telur je kottt.
  • Kalau tak jual nasi impit, jangan ambik order! Dan, jangan berangan nak jual satay.
  • Restoran ni sangat sedeh.
  • Tak tau kenapa orang segamat support lagi bisnes yang cam haram ni. Memang tak patut! Langsung takde skill bisnes. Baru keluar hutan kot semua. Maklumlah, kawasan sekeliling tu kan hutan. Pathetic.

Monday, 2 March 2015

Ayam Penyet Tiga Abdul - Senai

lighting romantik

Tempat aku tinggal ni memang dekat sangat dengan tempat ni. Tapi tak pernah tau. Aku tak pernah dok kawasan perumahan, jadi lorong2 kawasan perumahan ni aku suka elakkan sebab tak paham ujung pangkalnya. Di samping tengah loya2 tak lalu makan ni. Aku pun search la tempat makan best dekat senai ni. Jumpa blog NI.

Eh, dekat sangat ni. Econsave ni belakang rumah aku je. HUHU.. Sedih kan. Maka, selama 2 bulan aku dok cakap kat suami nak makan sini. Tapi tak sampai2 jugak. Selalu melencong ke tempat lain. Akhirnya malam tadi, tekak ni rasa mengidam gila nak makan nasi kering dengan sambal belacan dan ayam goreng. Balik je encik hensem dari tempat keje. Busuk2 tu, sempat lagi die gi potong buah kelapa muda yang kitorang bawak balik dari kelantan. Sambil suap2, aku terus cakap nak gi tiga abdul. Die cakap ok aje. LOL.

Lepas maghrib, sebelum pukul 8 kitorang dah sampai. Tak ramai orang. Banyak lagi kosong. Masa kitorang tengah makan tu, ramai dah orang sampai. Lepas pukul 8. Kebanyakannya orang baru balik keje. Tapi takdela bangla ke apa. Semua orang melayu/cina. Datang lepak dengan kawan2. Kejap je, semua seat dah penuh. HUH..

Cara nak gi sana, ko masuk lorong econsave. Lepas je bangunan econsave tu pusing terus ke kanan. Terus je sampai hujung bangunan. Lot kedai hujung itulah restorannya.

So, sampai sana, ko duduk je. Nanti ada orang ambik order. Aku order dua nasi ayam penyet. Die tanya nak paha ke dada. Jadi, best kan boleh pilih. HEHE.

Tak lama lepas tu, air sampai. Nasi pun sampai. Pinggan seramik okeh. :) Then, boleh la makan. Nak makan dengan tangan boleh, ada sinki kat dalam premis. Nak makan dengan sudu garfu pon boleh. Lantak korang lah.

dada kepak, timun, kobis dan tempe

Dah selesai makan, ko masuk dalam, bayar dekat kaunter. Dah selesai.

Review aku, 4/5. Sedap die punya sambal boleh bagi 5. Tapi pedas sangat, suami AI tak boleh makan. Geleng kepala merasakan kepedasan tu. HUHU. Tapi bagi aku pulak, tak cukup weh sambal tu. Nak lagi! Lain kali datang aku nak order extra sambal. Korang2 yang suka sambal, pastikan order lebih awal2 key. Isu ayam pulak, terlebih gorengla. Macam terkeras pulak. HUHU.. Tapi rasanya sedappppppp. Takde nak berempah ke apa. Clean je rasa.

sambal tak cukup. tskk
 
Akan diulang datang lagi. Pasti. My husband said, tiga abdul is better than KFC.