Tuesday, 26 August 2014

Pantang Larang Semasa Mengandung (saintifik)


Kali ni nak berkongsi tentang perkara2 yang tak boleh dilakukan sewaktu mengandung. Bukan pantang larang melayu atau nenek moyang. Tapi pantang larang berpaksikan sains yang berasas dan bersebab.

Walaupun aku belum mengandung tapi sangatlah teruja nak bercerita tentang kehamilan. HUHU... Tiap2 hari educate diri sendiri tentang apa yang terbaik untuk kandungan.

Aku tak tau banyak. Tapi setakat ini aku akan share pasal makan2.

1. Wanita mengandung dilarang makan HATI. (ada makcik tu suggest orang supaya makan hati sebab dia dulu mengamalkan makan hati ketika mengandung. Scaryyyyy)
Kerana: Hati mempunyai kandungan vitamin A yang terlalu tinggi. Berlebihan vitamin A boleh membuatkan baby cacat.

2. Selepas makan, jangan minum minuman berkafein seperti kopi, teh dan coklat.
Kerana: Akan menghalang penyerapan iron dari makanan yang kita telah makan. Jadi, rugi je makan makanan yang tinggi dengan iron. Tapi last2 pergi klinik, anemia jugak. -________-

3. Selepas makan, jangan minum susu, yogurt, cheese dsbgnya yang mengandungi kalsium.
Kerana: Kalsium juga menghalang penyerapan iron.

3. Kalau makan fish oil, pastikan ia tidak diperbuat daripada hati ikan.
Kerana: Hati ikan mengandungi banyak vitamin A.

4. Jangan makan telur mentah dan ikan mentah (sushi), ikan-ikan besar seperti yu dan tuna.
Kerana: Dikhuatiri mengandungi salmonella dan tercemar. Ikan besar mempunyai kandungan merkuri yang tinggi dan boleh membahayakan baby.



Nafsu Makan


Kalau aku mengandung sekarang, usianya baru 3 minggu 5 hari. Hakikatnya mungkin baru seminggu lebih. Hanya gumpal cinonet je. Takde effect apa pun kat aku. Takde tender breasts pun lagi. Entah mengandung entah tidak.

Tapi yang aku nak cerita. Nafsu makan aku yang kronik gila. Adoiiii... Bab makan aku okay. Tapi bab snacking memang fail la. HUHU...

Kalaulah ada satu benda aku nak delete dalam hidup aku. Ia adalah snacking. Aku snacking macam naga wei. Susah hati betul. Ini belum mengandung. Kalau dah mengandung. Dah datang mengidam. Mamposla aku. Dengan tuan yang bakal melayannya pon naik gila sekali.


Iodine Untuk Anak Bijak

Iodine diperlukan supaya baby kita jadi bijak. Tapi jangan terlebih ambik pulak. Sebab ada kejadian di mana ibu2 ni obses sangat nak anak dia genius. Dah jadi overdose iodine pulak. Kesannya tak nampak kat kita. Tapi nanti bila baby tu lahir, dia akan ada masalah thyroid.

Jadi berpada2 lah. Sumber iodine yang paling senang kat negara kita ni sudah tentulah seafood. Terutamanya kerang dan seaweed. Tapi berapa kali sangat dalam seminggu kita nak makan kerang. Seaweed apatah lagi. Kita bukan jepun, betol tak.

Nak senang lagi, makan yogurt. Ia mengandungi 154 mcg iodine bagi setiap cawan. Kalau nak senaaaaaang lagi, beli himalayan salt. 0.5 gram garam ni mengandungi 250 mcg iodine. Lebih daripada keperluan dah. Jadi hati-hati.

Wanita mengandung memerlukan 220 mcg iodine sahaja.

Jadi, gaulkan garam himalaya tu dengan garam biasa. Sikit dah cukup dah. Aku beli himalayan salt dekat econsave. Sebab econsave ni paling dekat dgn rumah aku. 5 minit jalan je. huhu... Dah namanya econsave. Takde pilihan sangat. Ada pun satu brand je.

Pink
Takde maklumat tentang iodine pun :(
Gasaklah. Yang penting tanggungjawab aku pada baby dah selesai. Bereh....

Friday, 22 August 2014

Lelaki yang Redha


Tak dinafikan, dalam perkahwinan, banyak masam manisnya. Aku dan encik hensem pernah la gaduh. Tapi sepanjang 5 bulan kahwin ni, boleh kira dengan jari berapa banyak kami gaduh.

Pernah dua hari tak bercakap. Itu paling kritikal. Sebab aku tak suka orang tak peduli dengan aku. Aku mudah rasa tersinggung. Rasa dia tak sayang. Tak peduli. Rasa tak penting. Dan, yang penting aku nak dia mengalah.

Bila gaduh, aku akan cuba sedaya upaya untuk melukakan hati dia. Aku cakap benda2 yang tak patut aku cakap. Tapi dia tadah je telinga dengar. Terkebil2. Aku tak kesian masalahnya. Aku lebih sakit hati. Aku akan terus-terusan sakitkan hati dia sampai tahap maksimumlah.

1. Tapi dia tak pernah balas cakap aku. Tak pernah nak melukakan hati aku balik. Takde dendam.

2. Bab makan. Sangat bertolak ansur. Dia tak pernah cakap dia rindu makanan dia. Tak pernah request macam2. Apa yang aku masak itulah dia makan.

3. Tak pernah paksa.

4. Tak pernah marah.

5. Tak pernah melarang, melainkan benda tu mudaratkan aku.

6. Tak pernah menyuruh.

Baik sungguh encik hensem aku ni. Walaupun aku tau sebagai suri rumah, aku lebih banyak beri perhatian kepada dia, tapi dia berhak semua ni. Dia korbankan hidup dia untuk aku. Tinggalkan semua yang dia ada untuk aku. Menyerahkan semua hartanya untuk aku.

Dia berhak ke atas aku. Dan aku syukur dikurniakan suami penyabar sepertinya.

Thursday, 21 August 2014

Suami Perlu Ambik Folic Acid


Aku pernah mengandung. Tapi gugur masa usia kandungan 6 minggu. Masa tu aku sangka aku gugur sebab depression. Sebab aku terpaksa berjauhan dengan suami.

Tapi rupa2nya gugur tu sebab chromosome abnormalities. Semenjak itu, aku risau betul tentang kesuburan aku. Aku rasa, akulah penyebabnya. Aku tak subur. Aku tak makan cukup folate dsbgnya.

Semalam aku terjumpa artikel mengatakan bahawa kebanyakan kes chromosome abnormalities adalah terletak pada sperma suami.

Kajian menunjukkan jika suami ambik folic acid setiap hari, tahap kesihatan spermanya akan bertambah 20%.

Malangnya, kami baru je selesai tempoh mencuba. Andai aku mengandung, nampaknya dah terlambat untuk aku suruh suami aku ambik folic acid.

Aku hanya berharap anak itu sihat.

Sumber:
1
2

Wednesday, 20 August 2014

Suri Rumah di Malaysia


Tasha Tudor said:

"Whenever I get one of those questionnaires and they ask, 'What is your profession?' I always put down 'housewife.' It's an admirable profession-- why apologize for it? You aren't stupid because you're a housewife. When you're stirring the jam, you can read Shakespeare."